Pembelian hartanah/rumah boleh dikatakan sesuatu yang wajib untuk setiap keluarga, ini kerana rumah merupakan kediaman atau tempat yang paling diperlukan oleh setiap manusia. Setiap orang akan berusaha atau bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri.

 

Kediaman ini merupakan tempat yang akan didiami sepanjang hayat bersama ahli keluarga masing-masing. Justeru itu, sebelum pembelian rumah kediaman di lakukan kita mesti teliti dalam pemilihan rumah untuk di beli kerana jika berlaku kesilapan berkemungkinan akan menggangu kehidupan kita suatu hari nanti.

Disini kita disarankan untuk meneliti “4L” sebelum membeli rumah. 4L tersebut ialah:

  • Legality – pengesahan undang-undang / pihak berkuasa
  • Location – kesesuaian lokasi kediaman
  • Lingkungan – persekitaran kediaman
  • Logika – kesesuaian harga dan minat

 

 

Legality

Dalam aspek legality, kita mesti mengetahui keadaan hartanah tersebut dari segi pengesahan undang-undang dan pihak berkuasa.

Kita mesti ketahui status pemilikan hartanah tersebut, pengesahan geran tanah pemilikan mesti diteliti/semak sebelum membeli. Sama ada status pemilikan kekal / bebas atau pajakan, dll status.

Hartanah yang akan dibeli juga perlu di teliti kesahihan status plan bangunan dan juga lesen projek perumahan.  Ini akan meyakinkan kita bahawa projek ini tulin dan ada pihak yang boleh kita rujuk sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

 

Lokasi

Aspek lokasi dalam pemilihan rumah kediaman pula adalah dari segi, akses / jaringan jalanraya yang akan memudahkan pergerakan kita.

Lokasi yang dipilih juga mesti bersesuaian dengan jarak yang kita perlu lalui untuk ke tempat kita bekerja. Kesesuain jarak dengan pusat bandar atau mana-mana destinasi (riadah, shopping mall, jabatan kerajaan dll) yang kita perlukan

Selain itu faktor keluarga juga boleh diambil kira dalam pemilihan lokasi ni. Dimana jarak yang sesuai dari rumah saudara-mara atau ahli keluarga akan menjadikan kehidupan keluarga kita semakin akrab.

Kemudahan-kemudahan disekitar lokasi perlu diambilkira juga dalam pemilihan rumah kediaman kita, masjid, pendidikan, kesihatan dll.

 

Lingkungan sekitar

Lingkungan sekitar atau keadaan persekitaran perlu diambil berat kerana di kediaman ini kita akan menghabiskan sisa hidup kita.

Keadaan masyarakat sekeliling akan membantu proses pembesaran dan kehidupan anak-anak kita kelak. Persekitaran masyarakat yang baik dan harmoni boleh dijadikan contoh kepada anak-anak kita, seperti masyarakat yang suka tolong-menolong, bergotong-royong dan berkerjasama.

Faktor bencana alam (contoh – banjir, hakisan, gunung berapi, gempa bumi dll) perlu diambil kira kerana bencana alam akan menggangu / merosakkan fizikal rumah dan barangan-barangan lain

Persekitaran yang berdekatan dengan kemudahan sekolah, masjid, hospital, kedai-kedai akan memudahkan rutin harian kita dan juga mampu untuk membina kehidupan yang sihat serta baik untuk masa depan anak-anak kita

images-2

Logika

Faktor logika pulah adalah aspek-aspek seperti kesesuaian harga hartanah tersebut dengan lokasi. Sekiranya harga yang terlampau mahal adalah perlu untuk kita fikirkan kembali untuk memilikinya. Jangkaan harga/nilaian masa depan juga perlu diambil kira dalam proses ini.

Aspek lain ialah corak kehidupan yang kita minati atau  inginkan. Sekiranya kita suka dengan suasana nyaman dan tenang maka kawasan kampong merupakan lokasi yang kita harus pilih.

Perkara yang paling penting dalam aspek logika ialah kemampuan kuasa beli atau kemampuan kewangan kita dalam memilih hartanah yang kita idamkan akan menjadi faktor utama apabila kita ingin membeli sesuatu hartanah.

house_money4

Aspek-aspek yang di sebut ini merupakan sebagai garis panduan dalam pemilihan sesebuah kediaman. Semoga kita tidak tersalah pilih atau berlaku pembaziran dalam membeli rumah kediaman yang kita semua idamkan. Setiap perkara ada pro dan kontra, seharusnya kita mestilah meneliti sesuatu dangan teliti sebelum membuat keputusan. Hartanah merupakan satu asset yang tidak pernah susut nilainya.

 

*** sumber –

http://www.rumah.com, http://www.drumah.com, http://www.google.com,

Advertisements