FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBILKIRA SEBELUM MEMBELI RUMAH/HARTANAH.

Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah iaitu faktor kewangan dan faktor bukan kewangan.
Membeli rumah adalah perkara penting dalam hidup kerana mungkin perkara ini kita hanya dapat lakukan sekali sahaja dalam hidup.
Apabila bercadang untuk membeli rumah, perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah seseorang itu mestilah mempunyai perkerjaan dan berpendapatan tetap. Ini kerana dalam soal pembelian rumah, hanya segelintir individu saja yang mampu membayar secara tunai manakala selebihnya bergantung kepada pinjaman dari bank atau kerajaan.
.
1.Lokasi Hartanah
– kemudahan asas (sekolah, masjid, hospital, kedai, pasar, taman-taman rekreasi dll
– kemudahan pengangkutan awam
– jaringan / akses jalan raya
– lokasi memainkan peranan utama dalam harga hartanah/rumah
Ramai yang menyatakan lokasi merupakan faktor terpenting. Faktor lokasi merupakan pengaruh utama dalam penentuan harga dan nilai (kini dan akan dating) sesebuah rumah / hartanah.

2. Pegangan Hak Milik
Anda perlu tahu mengenai status pegangan hak milik iaitu pegangan bebas atau pegangan pajak.

3.Reputasi Pemaju
– rekod lampau / projek terdahulu
– kualiti kerja / hasil binaan
– rekod dengan bank-bank

4. Kemampuan Kewangan Anda
– Pertama sekali anda perlu menilai kemampuan anda.
– Periksa aliran tunai dan nilai harta bersih anda untuk menentukan – keselesaan kewangan anda.
– Semak kembali aset dan liabiliti anda dan pastikan anda tidak memiliki masalah untuk memohon pinjaman kewangan dari pihak bank.
– Tentukan anggaran bajet anda untuk rumah yang anda akan beli.
.
Biasanya terdapat 2 persoalan tentang kemampuan yang perlu dipertimbangkan iaitu bayaran pendahuluan dan kos berkaitan. Biasanya satu anggaran untuk bayaran pendahuluan sebuah rumah bermula dari nilai RM200-RM2,000 sebagai DUIT MUKA / TANDA JADI (booking) dan bayaran itu akan dipulangkan semula selepas pinjaman diluluskan. Anda harus juga menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 5% hingga 10% untuk sebarang kos sampingan seperti yuran khidmat guaman dan duti setem. Walaubagaimanapun, ada sesetengah pemaju mengecualikan bayaran yuran khidmat guaman dan duti setem.

5. Kelayakan Asas & Pinjaman
– pinjaman yang layak di pohon (bank/kerajaan)
– Pinjaman-pinjaman yang telah dimohon
– CRISS & CTOS

* p/s credit to: baca artikel penuh di “www.mohdelam.com

Advertisements