1.0 PROJEK

1.1 Pengenalan

      Projek hartanah ini merupakan projek kedai pejabat tiga (3) tingkat sebanyak 31 unit yang telah siap dibina sepenuhnya dan sedia digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg

1.2 Lokasi

      Lokasi projek ini terletak di Bandar Baru Kuala Krai yang mana kedudukannya berhadapan dengan laluan utama Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

      Kedai pejabat ini juga terletak bersebelahan dengan kawasan Pasaraya Besar Pantai Timur Kuala Krai, dan juga berhadapan dengan taman perumahan sedia ada serta taman perumahan yang sedang dalam pembinaan.

      Kawasan ini merupakan laluan masuk utama untuk ke sekolah kebangsaan dan sekolah menengah Bandar Kuala Krai.

 Untitled location maps

1.3 Spesifikasi

      Struktur bangunan yang dibina adalah berkeluasan 2606.26 kaki persegi (kps). Selain itu, ruang lantainya adalah sebanyak 3 tingkat.

      Ukuran keluasan lantai adalah 22 kaki X 70 kaki. Manakala keluasan tanah pula adalah 143 meter persegi atau 1540 kaki persegi.

kuala krai central park 004 kuala krai central park 003 kuala krai central park 002

1.4 Harga

      Harga yang ditawarkan untuk projek kedai pejabat tiga tingkat ini bermula dari RM818,000.00 untuk setiap unit.

1.5 Kekosongan / Available

Keseluruhan projek kedai pejabat tiga tingkat ini merangkumi sebanyak 31 unit, akan tetapi sebahagiannya telah dibeli/dimiliki oleh individu/syarikat lain dan ada yang telah mula beroperasi. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa unit kosong yang belum dimiliki iaitu sebanyak 14 unit sahaja (kemaskini jualan pada 25 Ogos 2015).

Antara premis yang telah mula beroperasi adalah seperti TMpoint, Tuppeware, Dobi, dan D`Amour. Antara yang telah memiliki kedai pejabat tersebut tetapi belum beroperasi ialah Open Universiti dan Bank CIMB.

download logo

2.0 KEISTIMEWAAN PROJEK

2.1 Lokasi

Lokasi projek ini berpusat ditengah Bandar Baru Kuala Krai. Projek ini dikelilingi dengan kepelbagaian kemudahan asas dan juga akses pengangkutan yang mudah di sekitarnya.

Jarak tapak projek dengan kemudahan-kemudahan asas di sekitarnya adalah:

– Pasaraya Pantai Timur 240m

– Jalan utama Kota Bharu ke Kuala Lumpur 70m

– SMK Bandar Kuala Krai 400m

– Stesen minyak 270m

– Hospital besar 1.8km

– Stesen kerata api 1.8km

– Kolej Vokasional 1.5km

– Pekan Guchil 1.5km

Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg

2.2 Fizikal dan Ekonomi Persekitaran

Kedudukan projek yang berdekatan jalan utama dan juga kemudahan asas memudahkan penduduk dan menarik minat mereka mengunjungi premis ini.

Pembangunan projek perumahan dikawasan berdekatan tapak projek menyebabkan populasi penduduk dikawasan ini bertambah ramai. Keadaan tersebut menjadikan kadar kehadiran masyarakat ke premis ini semakin meningkat.

Jangkaan tumpuan juga semakin tinggi dengan lokasi kedudukannya berada di jalan masuk utama perumahan dan juga sekolah rendah serta sekolah menengah Bandar Baru Kuala Krai.

Faktor banjir besar yang melanda negeri Kelantan dan Kuala Krai khasnya pada penghujung tahun 2014 menyebabkan kawasan Bandar Baru Kuala Krai ini membangun semakin pesat. Keadaan ini disebabkan penutupan dan pengecilan ekonomi di Bandar Lama Kuala Krai yang teruk terjejas dilanda banjir Bah Kuning penghujung tahun 2014. Keadaan tersebut juga disebabkan kedudukan Bandar Baru Kuala Krai yang agak tinggi berbanding Bandar Lama dan terlepas daripada bencana banjir tersebut. Lokasi tapak projek ini bebas daripada banjir besar yang melanda pada penghunjung tahun 2014.

Tumpuan utama kemasukan sumber ekonomi ke Kuala Krai sekarang lebih tertumpu dikawasan Bandar Baru dan juga sekitar Pekan Guchil. Antara tanda aras pembangunan disekitar projek yang dapat kita lihat ialah dengan wujudnya pembukaan premis-premis seperti Bank Rakyat, Secrets Recipe, Marrybrown, KFC, Pizza Hut dan sebagainya. Kesemua premis ini jaraknya berada dalam lingkungan 1.5 km dari tapak projek rumah kedai ini.

Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg

2.3 Kadar Sewaan Premis

Berdasarkan beberapa kajian mengenai kadar sewaan kedai pejabat di kawasan tersebut secara puratanya adalah seperti berikut:

  1. a) Tingkat Bawah = RM3800 – RM5000 sebulan
  2. b) Tingkat Satu (1) = RM1500 – RM2500 sebulan
  3. c) Tingkat Dua (2) = RM600 – RM1000 sebulan

counting_ringgits_AFP_600_399_100

3.0 PERKEMBANGAN MASA HADAPAN

Kawasan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Sehubungan dengan itu, kewujudan lebuh raya yang sedang dibina antara Kota Bharu ke Kuala Krai menjadikan perhubungan ke Kuala Lumpur lebih mudah dan secara semulajadinya akan menyebabkan kawasan ini (Bandar Baru Kuala Krai) membangun dengan lebih pesat.

Hospital Kuala Krai merupakan hospital kedua terpenting selepas Hospital Besar Kota Bharu, diperkuatkan lagi dengan pembinaan Hospital Bharu di Pahi, Bandar Baru Kuala Krai akan menjadi semakin padat dengan pertambahan penduduk (pekerja dan pelawat hospital baru). Justeru itu, kedai pejabat yang ingin dijual ini akan menjadi satu kawasan strategik untuk aktiviti ekonomi.

Projek perumahan sedang dalam pembinaan yang terletak di bahagian belakang kedai pejabat tersebut merupakan tanda aras kekuatan untuk memajukan kawasan kedai pejabat tersebut. Kepadatan penduduk di kawasan tersebut akan menjadikan kedai pejabat ini semakin dikunjungi dengan adanya tumpuan masyarakat sekitar untuk mendapatkan keperluan asas dan kemudahan-kemudahan lain.

KUALA KRAI SALES kuala krai central park 001

Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg
Jpeg
  Jpeg

SEBARANG MAKLUMAT ATAU PERTANYAAN LANJUT DAN JUGA TEMPAHAN SILA HUBUNGI EN. AZIMIE 0109207746 / 01112907647, ATAU EMAIL KE perumahankelantan@gmail.com

Advertisements